Hantar Artikel Anda Kepada Kami


Sebarang Artikel boleh dihantar melalui e-mail kami iaitu :- darul_taqwa09@yahoo.com

FOKUS UTAMA

Kenapa ISMA tidak bersama PMRAM??

PENGENALAN AM 
PERSEKUTUAN MELAYU ARAB MESIR (PMRAM)
Persekutuan ini telah ditubuhkan sejak tahun 1930 lagi dan telah didaftarkan secara rasminya pada 5 Disember 1956 dengan nama Persekutuan Melayu Mesir oleh para pengasasnya di Bandar Kaherah, Cawangan Polis Abidin. Pendaftarannya telah diperbaharui pada tahun 1956, 1964, 1968, 1983, 1999 dan 2003 dan kini ia dikenali sebagai Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).

Medan kerja Persekutuan adalah seperti berikut:
a) Kebajikan masyarakat
b) Khidmat ilmu dan pengetahuan
c) Kegiatan akademik
d) Khidmat ekonomi
e) Perhubungan antarabangsa Mesir dan lain-lain

Tujuan Persekutuan ialah bekerja dalam lapangan di atas melalui aktiviti-aktiviti berikut:
a) Menyatukan suara anak-anak Melayu yang tinggal di Republik Arab Mesir,
b) Mengambil berat tentang urusan anak-anak Melayu yang tinggal di Republik Arab Mesir dan menolong bagi mengatasi kesulitan-kesulitan mereka,
c) Memajukan lapangan pelajaran, sukan dan sosial dan bekerja untuk bertukar-tukar kepentingan dengan pertubuhan-pertubuhan lain yang ada di Republik Arab Mesir yang menghubungi ketiga-tiga lapangan berikut,
d) Menguruskan bantuan atau pertolongan untuk menolong pelajar-pelajar yang berhak menerima pertolongan di kalangan anggota,
e) Menghulurkan sumbangan derma kepada anggota yang memerlukan,
f) Membentuk rancangan jangka masa pendek untuk kebajikan anggota,
g) Membentuk hubungan luar dengan pelajar-pelajar negara lain dari sudut keilmuan dan kemasyarakatan selepas mendapat persetujuan dari pihak Kementerian,
h) Menjalinkan kerjasama dengan pihak rakyat Mesir dan mengadakan aktiviti secara bersama,
i) Menganjurkan seminar untuk meningkatkan penguasaan ilmu Islam dalam kalangan anggota,
j) Memudahkan urusan bagi menunaikan haji dan umrah selepas mendapat persetujuan dari pihak Kementerian.

Kawasan operasi Persekutuan ini ialah Republik Arab Mesir yang berpusat di Kaherah dan Persekutuan tidak boleh mencampuri masalah-masalah politik.


----------------------------------------------------------------------------------------------
PENGENALAN AM
Persatuan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA-Mesir)
Persatuan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA-Mesir) ditubuhkan pada tahun 2008 dan merupakan sebuah persatuan pelajar yang berdaftar dengan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) di bawah Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) di Republik Arab Mesir .Ia merupakan salah sebuah persatuan kebajikan dan akademik mahasiswa dan mahasiswi Malaysia yang berada di Mesir.

ISMA-Mesir bukan sebuah parti politik dan tidak terlibat dengan sebarang kegiatan politik kepartian dan sentiasa bersikap non-partisan dalam setiap gerak kerja persatuan. Dalam masa yang sama, ISMA-Mesir turut mengamalkan dasar terbuka dan bekerjasama dengan mana-mana persatuan lain selagi mana bertepatan dengan visi dan objektif persatuan.

ISMA-Mesir sentiasa komited dalam memikul amanah sebagai sebuah organisasi yang memberikan kebaikan kepada seluruh masyarakat pelajar Malaysia di Mesir sama ada daripada aspek kecemerlangan akademik, kebajikan sosial, pembangunan syakhsiah, keusahawanan, pembangunan remaja dan belia serta wanita.

VISI

Melahirkan Mahasiswa dan Mahasiswi Malaysia di Mesir yang cemerlang daripada aspek keperibadian, akademik dan akhlaq berkonsepkan Islam sebagai cara hidup.

OBJEKTIF

Menyatupadukan rakyat Malaysia di Mesir daripada kalangan pelajar dengan tujuan untuk mendokong cita-cita agama, bangsa dan Negara.
Menjaga dan meningkatkan akademik dan kebajikan pelajar-pelajar Malaysia di Mesir di kalangan ahli persatuan khasnya dan kesemua pelajar Malaysia amnya.
Mewujudkan hubungan dan kerjasama dengan mana-mana persatuan lain sesuai dengan konsep kebaikan bersama.
Menjaga hubungan baik di antara pelajar dengan Kedutaan Besar Malaysia- Kaherah dan Republik Arab Mesir.
Menjaga imej Negara dan memperkenalkannya di peringkat antarabangsa


----------------------------------------------------------------------------------------------


Jadi , sesuai rasanya bagi ISMA yang mana slogannya MELAYU SEPAKAT ISLAM BERDAULAT untuk bersama-sama dengan PMRAM..dah jelas apa yang digariskan..tujuan PMRAM adalah untuk menyatukan suara anak-anak melayu..jadi,apakah ISMA tidak fikir kewujudan ISMA akan melambatkan lagi proses penyatuan tersebut??..apa salahnya , ISMA kaji balik kenapa ISMA ini perlu ada setelah PMRAM yang dah jelas matlamatnya sudah ada di sini..TARBIAH , DAKWAH, THAQAFAH , SUKAN .EKONOMI , KEMASYARAKATAN , PERHUBUNGAN ANTARABANGSA semua telah ada didalam PMRAM..apa yg x cukup lagi??..jelas semua itu untuk ISLAM..kenapa perlu ada yang kedua??
Pesoalanya Kenapa ISMA tidak bersama PMRAM??, ISMA boleh dikategorikan sebagai 'jemaah' ke??  ISMA Pusat di Malaysia nak bernaung bawah sape??


*Jika sayang dengan Islam tunjukkanlah..senang je Kita buat satu je

"KITA PMRAM "
" Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan "

 
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response.
0 Responses
Leave a Reply

Sweet Memories