Hantar Artikel Anda Kepada Kami


Sebarang Artikel boleh dihantar melalui e-mail kami iaitu :- darul_taqwa09@yahoo.com

FOKUS UTAMA

Archives

KJ YANG SEMAKIN TERDESAK



KAHERAH, 8 Sept - Pihak PMRAM akan berjumpa dengan En Khairi Jalalludin berkaitan aduan yang diterima mengenai mahasiswa/wi mestilah mendaftarkan diri bagi menyertai Konvokesyen EME sebelum mendapatkan pengesahan sijil terjemahan daripada En Khairi Jalalludin.

Perjumpaan tersebut adalah bagi mendapatkan penjelasan yang sebenar daripada pihak En Khairi Jalalludin berkaitan aduan tersebut.

Selain itu,aduan yang diterima juga, bagi pengesahan untuk sijil tahwil juga, mahasiswa/wi yang memohon mesti daftar ke Konvokesyen EME terdahulu dahulu.

"Kesemua aduan yang berkaitan kita akan kemukan kepada pihak yang terlibat iaitu En Khairi Jalalludin bagi mendapatkan penjelasan dan berbincang," ujar Presiden PMRAM, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman.

Beliau juga berkata bahawa beliau telah menghubungi En Khairi Jalalludin dan hasilnya satu perjumpaan akan diadakan pada minggu hadapan.

"PMRAM minta agar semua mahasiswa/wi bertenang dan memaklumkan semua maklumat dan aduan kepada PMRAM supaya perbincangan secara baik dapat dilakukan antara PMRAM dan En Khairi Jalalludin," ujar beliau lagi.






KJ YANG TERUS DIBUAI MIMPI

KJ Terus Menjadi Punca Mahasiswa Gagal Dalam Pengajian



Maklumat terbaru yang diterima pada hari isnin, 5 September bahawa Saudara Muhammad Alif bin Sofian Gan, mahasiswa perubatan Tanta mengulang tahun akibat kegagalan KJ menguruskan fail Alif ke pihak universiti.


Disebabkan sikap sambil lewa KJ dalam menguruskan fail tersebut yang sepatutnya diselesaikan pada Mei yang lalu, Alif kini disahkan oleh pihak universiti bahawa beliau dikira gagal pada tahun ini dan terpaksa mengulang pengajian tahun 1 pada tahun depan.


Namun, sehingga kini KJ masih bersikap sambil lewa bahkan menyalahkan Alif mengenai kehadiran ke kuliah yang tidak sampai 75%.


Bagaimana kehadiran Alif dicatat sedangkan pngurusan fail pun bermasalah. Apabila pengurusan fail bermasalah, bagaimana nama Alif dicatat dalam kehadiran.


Apa yang pasti peringkat perubatan sudah menjalankan tanggungjawab sebagai sebuah persatuan yang menjalankan menjaga kebajikan ahli-ahlinya.


Mungkin selepas ini pihak Kementerian Pengajian Tinggi di Malaysia perlu membuat kajian mengenai peratusan mahasiswa/wi Malaysia di Mesir yang gagal. Adakah disebabkan masalah pelajar yang tidak ke kuliah, tidak menguasai bahasa arab atau MASALAH SIKAP PEGAWAI SEPERTI KJ YANG MENYEBABKAN MAHASISWA GAGAL?


Ini merupakan satu bukti yang kukuh dan sejarah. Nama KJ terus terpahat sebagai punca kegagalan mahasiswa/wi Malaysia di Mesir. Mungkin selepas KJ pulang ke Malaysia, peratus kejayaan mahasiswa/wi Malaysia di Mesir akan meningkat.

 Sumber : http://mediamesir.blogspot.com/2011/09/kj-terus-menjadi-punca-mahasiswa-gagal.html



Inilah akibat apabila tiada skill dalam pengurusan



Kaherah ,27Ogos-Pihak EME(Education Malaysia Egypt) telah mengupah mahasiswa supaya dapat menyelesaikan tugas-tugas Pegawai Atase yang masih tertangguh itu.

Surat Tawaran sebagai Pembantu Tadbir Bahagian Akademik (sambilan) di EME telah dikeluarkan bagi menguruskan kerja-kerja yang tidak dapat diselesaikan oleh pegawai atase.Adakah perlu sampai ke tahap sebegini tanggungjawab mahasiswa yang masih menuntut dipergunakan oleh pihak EME?Apakah Pengarah EME sendiri tidak yakin dengan kemampuan pegawai-pegawai atase bawahannya terutama sekali kepada Encik Khairi Jalaluddin?Adakah ibu bapa kepada beberapa orang mahasiswa ini sudah dimaklumkan tentang    tawaran ini kepada anak-anak mereka?

Click dibawah ini untuk melihat surat tawaran tersebut :


1- http://www.facebook.com/photo.php?fbid=125003670930380&set=a.125003644263716.21801.100002622429852&type=1&theater

2- http://www.facebook.com/photo.php?fbid=125006667596747&set=a.125003644263716.21801.100002622429852&type=1&theater

3-http://www.facebook.com/photo.php?fbid=125006507596763&set=a.125003644263716.21801.100002622429852&type=1&theater

Sumber : http://www.facebook.com/pmram.desak

JOM TUNAIKAN KEWAJIPAN

sumber : http://mydpmt.org/index.php?option=com_content&view=article&id=64%3Abendahari-kadar-zakat-fitrah-1432h&catid=1%3Alatest-news&Itemid=50

Bendahari: Kadar Zakat Fitrah 1432H

E-mail Print PDF
DPMT,19 Ogos 2011 - Makluman kepada semua mahasiswa dan mahasiswi Malaysia yang berada di Tanta khusus buat ahli Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (DPMT) dan perubatan cawangan Tanta (PCT)
Kadar bayaran Zakat Fitrah pada tahun ini 1432H bernilai LE 10 . Nilai ini adalah berdasarkan ketetapan yang telah dikeluarkan oleh Darul Ifta’ Mesir

       Oleh yang demikian,untuk memudahkan urusan bagi sesiapa yang ingin membuat pembayaran zakatboleh dilakukan melalui Bendahari DPMT untuk pengajian Islam dan dan Bendahari  PCT untuk pengajian perubatan . Kaunter Zakat juga akan dibuka setiap hari selepas solat Asar dan solat Isya' di Bait Izzah.

"Tunaikan tanggungjawab anda"

 Selamat menunaikan Zakat Fitrah kepada semua.


 





  


Oleh:
Al-Azmie Rosdiyanto,
Bendahari,
Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta sesi 2011/2012.
Maklumat lanjut sila lihat iklan ini.























KEMERIAHAN RAMADHAN

KEMERIAHAN RAMADHAN

Bismillahirrahmanirrahim…

Salam Ramadhan kepada semua pembaca Blog Kemuniti Imarah Darul Taqwa ana harap semuanya sihat walafiat di samping menjalani ibadat puasa yang difardukan bagi setiap orang mukmin.

Ramadhan kini kembali, setelah setahun kita menunggu kedatangannya.
Di mana bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan di dalamnya. Pada bulan Ramadhan kita diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas umat-umat terdahulu.

Firman Allah SWT di dalam surah Al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa.”

Oleh itu, marilah sama-sama kita merebut peluang ini untuk meningkatkan amal ibadat kita kepada Allah SWT. Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan hamba Allah yang bertaqwa.

Teringat juga ana dengan sebuah  hadis yang menceritakan tentang fasa-fasa Ramadhan.

1.Sepuluh terawal ialah rahmat
2. Sepuluh yang kedua ialah keampunan
3. Sepuluh yang terakhir ialah pelepasan daripada azab api neraka Allah.

Banyak peristiwa yang berlaku di dalam bulan yang mulia ini yang memberikan impak yang besar kepada agama Islam.

Di antara peristiwa-peristiwa tersebut ialah :

1.     Penurunan Al-Quran
2.     Kewajipan Berpuasa
3.     Tercetusnya Perperangan Badar Al-Kubra
4.     Pembukaan Kota Mekah

Dan di antara peristiwa-peristiwa lain yang berlaku di dalam bulan Ramadhan ialah :
*Rasulullah SAW mengutuskan Saidina Ali ke Yaman untuk menyebarkan Islam pada  tahun 10 Hijrah.
*Kewafatan Saidina Ali RA, pada tahun 40 Hijrah.
*Perperangan Al-Qudsiah menentang Farsi pada tahun 15 Hijrah.
*Pembukaan Andalus pada 28 Ramadhan tahun 92 Hijrah.
*Kemenangan tentera Islam yang dipinpin oleh Nuruddin Al-Zanki ke atas tentera salib pada tahun 599 Hijrah.
*Perperangan Ain Jalut yang dimenangi oleh tentera islam pada tahun 658 Hijrah / 3 September 1260 Masihi.
*Kelahiran Alim ‘allamah Al-Aini, pengarang kitab Umdatul Qari Syarah Sahih Bukhari pada tahun 762 Hijrah.

Terdapat beberapa fadhilat di dalam bulan Ramadhan yang melebihi bulan-bulan Islam yang lain. Antaranya ialah :

            1.Puasa fardhu
            2. Malam Lailatul Qadar
            3. Diturunkan Al-Quran
            4. Pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan dibelenggu
            5. Solat terawih
            6. Penghulu segala bulan
7. Pahala ibadah Sunat disamakan dengan pahala ibadah Wajib di bulan lain & amal wajib pahalanya diganda menjadi 70 kali ganda.

Dibulan Ramadhan kita dianjurkan menunaikan solat terawih secara berjemaah. Setelah selesai solat isyak secara berjemaah. Ada masjid atau surau melakukan solat terawih lapan rakaat dan ada juga yang melakukan 20 rakaat. Ini bergantung kepada imam masjid atau surau tersebut.
Alangkah ruginya orang-orang yang tidak mengambil peluang yang di berikan oleh Allah SWT untuk beribadah.

Jika diperhatikan pada bulan-bulan lain, Rumah-rumah Allah (masjid atau surau) kebanyakkannya tidak sehebat dibulan Ramadhan. Sunyi dan sepi kerana tidak ramai yang datang untuk solat berjamaah, paling ramai berjamaah adalah pada hari jumaat sahaja. Tetapi dengan kedatangan Ramadhan setiap tahun, kita boleh lihat kemeriahan Rumah Allah dipenuhi para jamaah dari semua peringkat umur, anak-anak kecil, remaja, dewasa dan golongan tua semuanya hadir untuk sama-sama mengimarahkan rumah Allah. Alhamdulillah…

Sedangkan solat secara berjemaah amat digalakkan oleh Islam walaupun bukan dibulan Ramadhan. Oleh itu, marilah kita kekalkan suasana kemeriahan berjamaah ini pada bulan-bulan lain juga.

Selain solat terawih, kemeriahan bulan Ramadhan dapat dirasakan dengan bertadarrus al-Quran. Kita digalakan memperbanyakkan membaca al-Quran dibulan ini kerana dibulan Ramadhan turunnya al-Quran. Oleh itu, walaupun sibuk macammana sekali pun, bacalah al-Quran walaupun satu ayat. Itu sudah memadai daripada kita tidak membaca langsung, tetapi sebaiknya kita berusahalah untuk mengkhatamkan al-Quran walaupun satu kali sepanjang Ramadhan ini.

Di samping itu, amalan sedekah juga menjadi penyeri dibulan Ramadhan ini. Kita digalakan untuk bersedekah lebih-lebih lagi dibulan yang mulia dan penuh keberkatan ini. Mudah-mudahan segala amalan yang kita lakukan dibulan yang barakah ini dapat mendekatkan lagi diri kita kepada Allah SWT.

Justeru itu, marilah sama-sama kita meriahkan lagi Ramadhan kali ini dengan melakukan segala perintah Allah  SWT dan meninggalkan segala larangan NYA agar kita semua tergolong di dalam golongan hamba-NYA yang bertaqwa.

Ramadhan Karem, Kullu Amm Waantum Bilkhair…

HARI KELUARGA KOMUNITI IMARAH DARUL TAQWA (perkhemahan dua hari satu malam)


 Assalamualaikum...

Makluman khas buat semua sahabat dan ahli Komuniti Imarah Darul Taqwa. Pihak penganjur telah bersetuju untuk mengadakan perkemahan dua hari satu malam bersemperna dengan Hari Keluarga Komuniti Imarah Darul Taqwa bagi sesi cuti fasa pertama pengajian di Universiti Al-Azhar Cawangan Tanta Mesir ( Cuti Musim Sejuk Mesir). Butiran program adalah seperti berikut :-

Tarikh      : 05 - 06 Mac 2011 
Hari          : Sabtu - Ahad
Masa         : 8.30 pagi - 9.00 pagi (pendaftaran di sana) 
 Lokasi      : LA HOT SPRING JERTIH 

Sebarang maklumat lanjut sila hubungi di talian bebas tol :-

1. Pengarah Program (Kamel)
   +60145274797

2. Unit Pendaftaran Dan Promosi (Ridha)                                               +60145095527 

            Maklumkan kehadiran anda...!!!
            Sebarkan kepada semua...!!!



                          "MEMANTAPKAN UKHUWAH MEMPERKASAKAN UMMAH"
                                                http://dartaqwa.blogspot.com/ 

Category:   Leave a Comment
Taktik Licik Pencuri Menyamar Sebagai 'Mabahis'

sumber:-
http://shahrizanhazime.blogspot.com/2011/01/taktik-licik-pencuri-menyamar-sebagai.html


KAHERAH, 6 Januari - Salah satu taktik licik yang digunapakai oleh warga Arab tempatan untuk menceroboh masuk ke rumah sewa mahasiswa-mahasiswi Malaysia adalah dengan menyamar sebagai wakil Pihak Keselamatan Mesir.

Taktik ini sering kali digunakan dalam beberapa kecurian termasuklah kejadian yang berlaku pada hari ini.

Presiden PMRAM, Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime menyatakan bahawa, beliau menerima laporan kecurian tersebut daripada Yang DiPertua BKASM Saudara Mohd Yazid bin Ahmad pada jam 9.30 pagi. Kecurian tersebut berlaku di salah sebuah rumah yang didiami oleh mahasiswa Selangor yang terletak berdekatan dengan Masjid Walidain.

Menurut mangsa yang enggan dikenali, kejadian yang berlaku pada jam 8.30 pagi itu bermula apabila terdapat 4 orang warga tempatan yang tidak dikenali mendakwa mereka sebagai wakil Pihak Keselamatan Mesir.

Tambah mangsa lagi, mereka masuk ke dalam rumah tersebut dengan alasan untuk memeriksa barang-barang kelengkapan serta dokumen pengenalan diri mangsa dan rakan-rakan. Kejadian tersebut berlaku kira-kira 20 minit.

Setelah selesai, mangsa bersama rakan yang lain mendapati 6 telefon bimbit, 'broadband' serta wang berjumlah LE 300 lesap dari tempat asal. Jumlah nilai anggaran yang hilang adalah melebihi LE 2600.

Setelah kejadian tersebut, mangsa ditemani oleh Presiden PMRAM serta YDP BKASM bergegas ke Qisim Syurthoh Qismul Awwal Madinah Nasr untuk membuat laporan polis.

Tegas Presiden PMRAM, sekiranya mahasiswa-mahasiswi Malaysia mendapati warga tempatan mendakwa sebagai wakil Pihak Keselamatan Mesir, pastikan mereka menunjukkan kad kuasa terlebih dahulu.

Katanya lagi, segala pemeriksaan rumah sewa mahasiswa oleh Pihak Keselamatan Mesir perlu dimaklumkan kepada Presiden PMRAM. Pastikan kejadian seperti ini tidak lagi berulang dengan mengambil langkah-langkah keselamatan yang telah ditetapkan oleh PMRAM.

Sweet Memories