Hantar Artikel Anda Kepada Kami


Sebarang Artikel boleh dihantar melalui e-mail kami iaitu :- darul_taqwa09@yahoo.com

FOKUS UTAMA

Archives

Web Search darul Taqwa



"MEMANTAPKAN UKHUWAH MEMPERKASAKAN UMMAH"
Disini antara WebSite yang harus anda lawati: 
Portal Ilmiah
.::*~MyQalam Portal Kuliah Online Anda~*::.: Buletin
::al-ahkam.net • Index page
Bahan Umum
Bicara Addin - Bukan Sekadar Forum | Utama
BicaraMuslim.com • Index page
Bicarasufi.com-Portal Pilihan Kita. :: Index
Dakwah Generasi Baru
Dakwatuna.com | Menuju Cahaya Islam
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia ~GAMIS~
iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam
Islamic on Vimeo
Kafemuslimah.com
Mahasiswakini
Masjid Portal | A Blessed Community Built Around Mosques
myQuran - Komunitas Muslim Indonesia - Indeks
Palestine Folder
Persatuan Pelajar Malaysia Yaman PERMAYA ::
Portal Komuniti :: Ukhwah.com
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my
Santapan Minda Pejuang
SATU UMAT
Thaqofah Portal Ilmiah dan Informasi
al-ahkam.net - Lebih Sederhana.. Lebih Terbuka
Islam 4 Peace | Islam Is All About Peace  
Pengajian
::: Koleksi Kuliyah Ustaz Azhar Idrus :::
Home - Kuliyah Dot Net | Satu Hari Satu Kuliyah
Utama - UstazAzhar.com: Solatku, Ibadatku, Hidupku, Matiku Kerna Allah Taala
www.mymaktabaty.com
Tazkirah, Ceramah, Dakwah Agama Islam, Kisah Nabi, Kisah teladan, Mendengar AL-Quran
Jeng!Jeng!Jeng!
e-alQamus Online - Kamus Utama
Kamus: English-Indonesian/Malay Dictionary :
القواميس
Mari Belajar Bahasa Arab - Portal
! ! ! ! Projek myMasjid :Terjemahan Sahih Muslim Terjemahan Sahih Muslim
Kuliyah Mazhab Akidah Dunia Islam
Al-Muttaqin TV | Sumber Media Ilmiah : Home
Ceramah Melayu
Ceramah Islam
Ceramah Islam
TVceramah
Harun Yahya - Malaysian
fazlys’ blog - Vox
Islamic on Vimeo
laman Isu dan Waktu
Jeng!Jeng!Jeng!
Saluran Pengisian Rohani
tBlog - .::. TVceramah OnLine .::.
Terengganukini.Net
Lembaga Fatwa Mesir
Kuliyah « Kuliyah Mazhab Akidah Dunia Islam
Video Belajar Faraidh

13 November 2000 : Peraturan ARMA 1971 & 1986 Adalah Sah

sumber :-
http://pmram.org/index.php?option=com_content&view=article&id=1287:13-november-2000-peraturan-arma-1971-a-1986-adalah-sah-&catid=5:lain-lain&Itemid=67


arma 2.jpg

Dalam mengenali ARMA, kronologi rentetan perjuangan terhadap kebenaran ARMA melalui bukti dan fakta bertarikh mesti diketahui. Antara bukti kuat PMRAM masih lagi mempunyai hak milik ke atas keistimewaan yang diberikan di anjung ARMA sebagai pejabat beroperasi selain keistimewaan yang lain, adalah melalui peraturan ARMA 1971 & 1986 yang dipersetujui bersama oleh Duta, Pengarah JPMK dan Yang Di-Pertua PMRAM ketika itu.

Peraturan inilah bukti yang tidak dapat disangkal lagi oleh mana-mana pihak, lebih-lebih lagi yang cuba menafikannya dengan cara menyelewengkan fakta sejarah yang berlaku.

Peraturan ARMA 1971 & 1986 memperuntukkan keistimewaan kepada PMRAM adalah :

- Fasal 1 (pendahuluan), ceraian 1.3 : Tapak bangunan ini adalah diperolehi dari hadiah pihak berkuasa Kerajaan Mesir atas daya usaha dan jasa ahli-ahli Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir.

- ceraian 1.6 : Anjung tingkat bawah asrama ini adalah dikhaskan sebagai pejabat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir.

- Bab 2, ceraian 2.3 : Dasar Pentadbiran Asrama ini diputuskan oleh sebuah jawatankuasa, terdiri daripada :- Pengarah JPM (Pengerusi), Penyelia Asrama (Setiausaha), Pegawai Kebajikan (II) JPM, Juruwati Asrama dan Tiga Orang Wakil PMRAM.

Justeru, mesti difahami selepas pengusiran dan penafian hak ke atas PMRAM di ARMA, segala usaha yang dilakukan oleh PMRAM adalah semata-mata untuk menuntut 3 perkara yang telah disebutkan dalam ceraian-ceraian Peraturan ARMA di atas iaitu hakikat tanah atas jasa ahli-ahli PMRAM, anjung ARMA dan penglibatan 3 wakil PMRAM sebagai jawatankuasa penggubal undang-undang dan peraturan bagi ARMA.

Sejak tahun 1999 lagi, keistimewaan ini cuba dihapuskan oleh pihak KBMK apabila undang-undang yang digubal tidak melibatkan 3 wakil PMRAM.Sebab itu tidak pelik sekiranya pada zaman sekarang masih lagi terdapat pihak-pihak tertentu yang menafikan penglibatan PMRAM bahkan turut mengatakan tanah seluas 2122 meter persegi tersebut adalah hadiah secara langsung daripada kerajaan Mesir kepada Malaysia!

Perlu dinyatakan bahawa PMRAM tidak menuntut apa-apa selain daripada anjung ARMA yang dijanjikan sebagai pejabat beroperasi bagi PMRAM, penglibatan 3 wakil PMRAM dalam penggubalan dasar dan hakikat tanah tersebut yang dihadiahkan oleh kerajaan Mesir kepada PMRAM (PMM nama dahulu).

Berhubung hak pemilikan tanah, PMRAM mengiktiraf bahawa nama pemilik yang tercatat pada geran tanah itu pada masa kini ialah Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia), akan tetapi PMRAM tetap memiliki keistimewaan sebagai tuan tanah yanga asal kerana adalah hasil perjuangan PMRAM dengan sokongan pelbagai pihak tanpa meilbatkan kerajaan Malaysia.

Pindaan nama itu dibuat oleh PMRAM hanya semata-mata bertujuan mematuhi protokol bagi membolehkan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu mengeluarkan bantuan kewangan sebanyak RM 250 000 yang telah dijanjikan. Perkara ini berlaku pada tahun 1959 apabila Tan Sri Khir Johari yang datang ke Mesir sebagai Menteri Pelajaran telah menyatakan bahawa wang peruntukan tersebut tidak dapat dikeluarkan melainkan setelah nama tanah itu ditukar kepada nama Persekutuan Tanah Melayu.

Justeru, mengenai dengan Peraturan ARMA 1971 & 1986 tersebut, ia turut diperakui oleh Duta Malaysia pada 13 November 2000 dalam satu mesyuarat yang melibatkan bersama Badan Pengurus PMRAM antaranya ialah Presiden PMRAM, Saudara Nizam Mohd Noh, Ketua Penasihat, Saudara Anhar Opir, Penasihat, Saudara Azhar Yahya, Badan Pengurus, Saudara Ahmad Arif Mohd Arshad, Saudara Hasri Hassan dan Saudara Muhidir Tamjis.

Kesimpulannya, dengan perakuan tersebut ia lebih menyokong akan tuntutan yang dilakukan oleh pihak PMRAM adalah benar dan masih belum tertunai. Ia mesti dituntut sehingga apa yang dimilik sebelum ini oleh pihak PMRAM, dapat digenggam kembali.

sumber : http://pmram.org/index.php?option=com_content&view=article&id=1287:13-november-2000-peraturan-arma-1971-a-1986-adalah-sah-&catid=5:lain-lain&Itemid=67

Isu Pegawai JPMK : Kenyataan Rasmi Presiden PMRAM

Sumber :
http://www.pmram.org/index.php?option=com_content&view=article&id=1230:isu-pegawai-jpmk--kenyataan-rasmi-presiden-pmram&catid=1:pmram&Itemid=63 

 Sejak kebelakangan ini, banyak isu-isu yang melibatkan penindasan mahasiswa Islam di Mesir berlaku. Bermula daripada isu Kutub Sittah pada tahun 2009 sehinggalah sekarang ini, ia berlaku bagaikan dirancang. Namun PMRAM meminta agar ahli bertenang serta bertindak mengikut arahan pimpinan.

PMRAM dengan ini melahirkan rasa kesal dan kecewa di atas tindakan pihak-pihak berwajib yang melanggar polisi dan etika sebagai seorang penjawat awam. Bagi PMRAM, tindakan Pengarah JPMK Prof. Madya Dr. Jamil bin Hasyim yang menandatangai surat sokongan bagi penubuhan 'Academy Center' di Tanta merupakan tindakan yang tidak profesional.

Di dalam surat tersebut terdapat beberapa kesalahan mengikut format rasmi surat kerajaan. Bahkan beliau juga menafikan peranan Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (DPMT) yang selama ini menjaga keselamatan mahasiswa-mahasiswi Islam di sana. PMRAM menyifatkan kata-kata ini sebagai tuduhan yang tidak mempunyai asas yang kukuh.

Di sini saya ingin menegaskan bahawa walaupun DPMT mampunyai autoriti untuk menyelesaikan isu-isu yang melibatkan pihak keselamatan Mesir, PMRAM tidak pernah sesekali membelakangi peranan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) dalam isu-isu keselamatan mahupun menafikan kewujudannya.

Beralih kepada isu yang berlaku di Mansurah pada 16 Oktober lalu. PMRAM sekali lagi melahirkan rasa kesal dan kecewa terhadap salah seorang pegawai JPMK yang menyalahgunakan kuasa. PMRAM menyifatkan tindakan yang dilakukan oleh Pegawai Atase Akademik En. Khairi bin Jalaluddin juga sebagai tindakan yang tidak profesional.

Sebagai penjawat awam beliau tidak sepatutnya mengambil kesempatan ketika taklimat biasiswa tersebut untuk mengedarkan borang Kelab Umno. Tindakan tersebut seolah-olah mengajak mahasiswa untuk terlibat dengan parti politik.

PMRAM mengambil pendekatan diplomasi dalam menghadapi isu ini dan cuba mengelakkan tindakan provokasi. Walaupun tindakan tidak profesional ini dilakukan oleh beberapa orang pegawai JPMK, PMRAM dengan ini menegaskan bahawa hubungan rasmi tetap akan diteruskan demi menjaga kesatuan dan kebajikan di kalangan mahasiswa-mahasiswi Islam di Mesir.

PMRAM mengharapkan agar pihak JPMK lebih profesional dalam melaksanakan tugasnya demi menjaga nama baik negara Malaysia. PMRAM juga mengharapkan agar semua ahli sentiasa berdoa semoga persatuan induk ini terus mendapat bimbingan daripada Allah SWT dalam setiap tindakan yang dilakukan serta dilindungi daripada halangan dan ancaman.

Akhirnya saya mewakili PMRAM mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan dan dukungan ahli dalam menghadapi isu-isu yang melibatkan mahasiswa Islam ini.

Sekian.

KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH

Shahrizan bin Mohd Hazime,
Presiden,
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2010.
   


Sumber : http://www.pmram.org/index.php?option=com_content&view=article&id=1230:isu-pegawai-jpmk--kenyataan-rasmi-presiden-pmram&catid=1:pmram&Itemid=63

Pengakuan Pengarah JPMK Menandatangani Surat ‘AC ‘ Medic Mesir

Sumber : http://edpmt.org/v03/modules.php?name=News&file=article&sid=367

   Dalam pertemuan tersebut, kami bertanyakan kepada beliau tentang status surat tersebut, siapa yang mengeluarkan dan menandatangani surat tersebut.  Profesor Jamil mengakui bahawa surat tersebut telah ditandatangani oleh beliau dan dikeluarkan oleh kerani yang bertugas pada waktu itu. Professor Jamil mengatakan bahawa surat itu bukanlah surat keizinan menubuhkan Academic Centre (AC) seperti yang telah diwar-warkan oleh agen Medic Mesir akan tetapi hanya sekadar sokongan sahaja. Dari sudut keselamatan pula, Professor Jamil menyatakan bahawa tidak ada apa-apa jaminan dan segala risiko akan ditanggung oleh agensi  Medic Mesir sepenuhnya.

          
          Susulan daripada pertemuan saya selaku Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta, Us.Sulaiman Bin Ismail dan Pengerusi Perubatan Cawangan Tanta saudara Mohd Azhan Bin Hamdan bersama En.Shaiful Bin Muhammad, Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia Kaherah seperti yang telah dilaporkan sebelum ini. Maka, semalam bertarikh 21/10/2010 saya  bersama beberapa orang ahli Dewan Perwakilan Mahasiwa Tanta sekali lagi ke Kedutaan Besar Malaysia Kaherah untuk bertemu sendiri dengan Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah, Profesor Jamil Bin Hashim bagi mendapatkan penjelasan berkaitan surat yang telah dikeluarkan oleh pihak JPMK kepada agensi Medic Mesir.

         Meskipun begitu, saya amat kesal dengan tindakan Profesor Jamil  kerana menandatangani surat tersebut dalam keadaan surat itu terdapat banyak kesalahan dan menyalahi format penulisan surat yang sebenar. Sepatutnya, selaku Pengarah JPMK yang dihantar oleh pihak kerajaan Malaysia ke sini perlulah memainkan peranan sebaik-baiknya dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.  Apabila ditanya berkenaan kesalahan-kesalahan pada surat tersebut, beliau hanya berdiam sahaja dan mengatakan bahawa akan menyemak semula isi kandungan surat tersebut. Saya menganggap bahawa tindakan Profesor Jamil menandatangani tanpa menyemak isi kandungan merupakan satu kecuaian daripada pihak beliau sendiri. Bagaimana seorang yang berpendidikan tinggi dan bertaraf professional boleh melakukan kesilapan seperti ini.

        Dalam  masa yang sama juga, Profesor Jamil mengatakan bahawa Kementerian Pengajian TInggi, Kedutaan Besar Malaysia Kaherah & Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah tidak mengiktiraf mana-mana agensi di Mesir setakat ini. Apabila tidak mengiktiraf mana-mana agensi, maka pihak JPMK tidak  boleh mengeluarkan surat sokongan tersebut.  Tindakan Professor Jamil ini menyalahi etika kerja sebagai seorang yang berstatus pegawai kerajaan.
 
Sumber : http://edpmt.org/v03/modules.php?name=News&file=article&sid=367

Kenyataan Rasmi Pengerusi DPMT Mengenai Isu Surat Rasmi JPMK kepada Medic Mesir

Sumber : http://edpmt.org/v03/modules.php?name=News&file=article&sid=364

DPMT, 20 Oktober 2010 - Assalamualaikum... Makluman kepada seluruh warga Tanta yang dirahmati Allah S.W.T hendaknya. Pihak DPMT dengan penuh rasa bertanggungjawab ingin menyentuh mengenai isu surat yang dikeluarkan oleh pihak JPMK kepada Agen Medic Mesir iaitu  surat sokongan dan kebenaran menubuhkan Academic Centre ( AC) di Tanta yang tersiar di tantamedicmesir.blogspot.com. 
 
           Rentetan daripada surat yang dikeluarkan itu, kami menyedari terdapat beberapa kesalahan dan keraguan yang boleh dipertikaikan mengenai surat yang telah dikeluarkan oleh pihak JPMK kepada pihak Agen Medic Mesir itu.   


           Dengan ini, saya MOHD SULAIMAN BIN ISMAIL selaku Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (DPMT) bersama saudara AZHAN BIN HAMDAN  selaku Pengerusi Perubatan cawangan Tanta (PCT) telah mengadakan perjumpaan secara rasmi dengan Encik Shaiful Anuar Bin Mohammad yang merupakan Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) di pejabatnya  untuk mendapat penjelasan mengenai kesahihan surat tersebut.

 
              Semasa perjumpaan, saya telah mengemukakan contoh surat yang dikeluarkan oleh pihak JPMK kepada Agen Medic  Mesir ini. Hasil penilitiannya, beliau menyatakan bahawa tidak tahu menahu langsung mengenai surat yang dikeluarkan itu. Ujarnya lagi, beliau begitu musykil dengan kesahihan pengeluaran surat tersebut dan akan mendapatkan kepastian dan maklum balas dari pihak JPMK sendiri.

 
               Antara yang kami utarakan dalam pertemuan tersebut,kami menyatakan terdapat beberapa kesalahan dalam surat yang dikeluarkan oleh pihak JPMK. Antaranya, surat tersebut tiada nombor rujukan rasmi, kesalahan tatabahasa dan tandatangan yang tidak bernama akan tetapi menggunakan kepala surat rasmi JPMK sepenuhnya.

 
              Justeru, seharusnya tidak berlaku sama sekali kesalahan tersebut kerana ianya menyalahi protokol surat rasmi jabatan kerajaan dan boleh menimbulkan keraguan terhadap ketelusan dan integriti  JPMK ini.

 
              Dengan bukti yang ditimbulkan ini, surat ini dikira tidak sah dan tidak boleh dijadikan sokongan kepada agen Medic  Mesir sama sekali kerana terdapat banyak keraguan dan ketidaksahihannya.

 
              Saya berharap dengan kenyataan ini, seluruh ahli di Tanta dari kalangan Pengajian Islam dan Perubatan jelas mengenai status surat ini yang telah dikeluarkan secara rasmi oleh JPMK.

 Sekian, terima kasih.

Oleh,

 
MOHD SULAIMAN BIN ISMAIL,

 Pengerusi,
Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta
Sesi 2010


Sumber : http://edpmt.org/v03/modules.php?name=News&file=article&sid=364  

Siapa JPMK Dalam Soal Keselamatan Mahasiswa???

Sumber : fromegypt-wewrite.blogspot.com

Minggu ini kita dipanaskan lagi dengan isu sebuah agensi perubatan di cawangan Tanta yang ingin menubuhkan Academic Center (AC). Antara alasan yang diberikan oleh agensi ini adalah untuk bertanggungjawab dalam soal keselamatan pelajar-pelajar yang di bawah pengelolaannya.

Alasan ini tidak kukuh sebenarnya. Dari sudut kemampuan agensi ini untuk mengambil peduli soal keselamatan pelajar-pelajar mereka cukup lemah. Ini kerana mereka hanya mampu mengawalnya di kawasan premis mereka sahaja. Namun terbatas jika soal keselamatan itu berkait dengan masalah di luar premis mereka.

Selain daripada Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (DPMT), yang diberi kelayakan untuk berurusan dengan pihak keselamatan Mesir di Tanta, pihak Perubatan Cawangan Tanta (PCT) juga berkelayakan. Ini kerana PCT bernaung di bawah Persatuan Pelajar-Pelajar Perubatan Malaysia-Mesir yang merupakan satu-satunya persatuan perubatan yang diiktiraf oleh Kedutaan Besar Malaysia-Kaherah (KBMK). Kewujudan Persatuan Perubatan ini juga telah dimaklumkan kepada pihak keselamatan oleh pihak KBMK. Inilah sebanrnya yang menilai bidang kuasa yang tertakluk kepada PCT dengan pihak keselamatan di Tanta.

Jika berlaku apa-apa masalah keselamatan di kalangan pelajar perubatan di Tanta khususnya, maka yang lebih berautoriti untuk berurusan dengan Pihak Keselamatan Mesir adalah pihak PCT.

Ketika masalah agensi ini cuba diselesaikan oleh pihak DPMT dan PCT supaya tidak mengundang masalah berbangkit khusus berkait dengan masalah keselamatan kelak, tiba-tiba pihak Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) pula yang menambahkan masalah. Dalam usaha pihak DPMT dan PCT untuk menidakkan kewujudan AC di Tanta, JPMK pula menyibukkan diri dengan mengeluarkan kenyataan bertulis menyokong usaha agensi tersebut.

Tindakan ini menunjukkan pihak JPMK tidak perihatin terhadap masalah keselamatan berhubung dengan agensi yang tidak diiktiraf oleh pihak keselamatan Mesir. Kenyataan bertulis berupa sokongan yang dikeluarkan oleh JPMK adalah seperti berikut :


Kedutaan Besar Malaysia Kaherah

Jabatan Penuntut Malaysia

21, El-A'nab St…

TAHNIAH

Kepada semua pelajar 'MedicMesir Tanta', kami ingin

Mengucapkan tahniah kepada kamu semua atas inisiatif membangunkan

'Pusat Akademik'.

Kami mendoakan yang terbaik dan mengharapkan supaya

Fasiliti itu akan dimanfaatkan.

Kami menyokong penuh usaha ini.

Terima Kasih dan Selamat Sejahtera

Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah

10 Oktober 2010

Daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh JPMK di atas terdapat beberapa persoalan daripada penulis yang memerlukan kepada respon pihak JPMK kepada semua pembaca. Persoalannya adalah:

PERTAMA : Kenyataan sokongan tersebut menggambarkan isu keselamatan tidak ada kaitan dengan usaha agensi tersebut bagi mewujudkan AC di Tanta. Ia menunjukkan pihak JPMK tidak merujuk terlebih dahulu pendirian daripada KBMK. Adakah sebarang kenyataan yang berkait dengan soal keselamatan warga negara Malaysia di Mesir dibuat oleh Pihak JPMK?

KEDUA : Adakah kenyataan ini mendapat keizinan daripada Encik Saiful selaku Pengusa Semantara KBMK jika ia dilihat sewenang-wenangnya dikeluarkan oleh JPMK?

KETIGA : Benarkah dakwaan yang mengatakan Encik Zulkifli Bin Din adalah orang yang bertanggungjawab dalam mengeluarkan kenyataan sokongan tersebut? Adakah bidang kuasa Encik Zulkifli ini sebagai Atase Pendidikan termasuk meluluskan kewujudan premis yang berfungsi sebagai AC di Mesir ini?

KEEMPAT : Jika benar kenyataan ini bersifat rasmi daripada pihak JPMK kenapa ia tidak disertakan nombor rujukan surat? Kenapa perkara surat tidak dinyatakan secara jelas? Kenapa tidak disertakan sekali siapakan orang yang bertangungjawab dalam menandatangani surat sokongan ini beserta jawatan yang ada?

KELIMA : Adakah tindakan membelakangi kuasa KBMK ini sebagai terjemahan terhadap hubungan yang tidak baik antara pihak JPMK dan KBMK semenjak kebelakangan ini?

Persoalan-persoalan yang ditimbulkan ini penulis serahkan kepada pembaca dan JPMK untuk menjawabnya.
 
Sumber : fromegypt-wewrite.blogspot.com

Apa Fungsi Persatuan Berdaftar dengan JPMK???

Sumber : fromegypt-wewrite.blogspot.com

Entah mengapa, tidak ramai yang mempersoalkan perkara ini. Semua Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN)berdaftar dengan JPMK kecuali Keluarga Pelajar Kelantan Mesir (KPKM) yang berdaftar terus dengan Kerajaan Negeri Kelantan. Perkara ini boleh dilihat dalam web jpmk.info yang meletakkan semua pautan BKAN tersebut sebagai 'persatuan berdaftar'.

Saya tidak nampak apa-apa faedah BKAN mendaftarkan diri dengan JPMK. Mengapa?

1-Peruntukan untuk Kebajikan dan Aktiviti tidak sampai kepada BKAN dan ahli-ahlinya.


Lihat link di atas. Persoalannya, berapa banyak peruntukan yang JPMK pernah bagi pada BKAN? Anak emas JPMK seperti UMNO, ISMA dan ABIM dapat jauh lebih banyak dari BKAN, sedangkan BKAN jauh lebih layak untuk mendapatkan dana ini, selaras frasa petikan web di atas "Dana untuk Tabung Kecemasan dan Rawatan ini adalah hasil sumbangan kerajaan negeri".

Buktinya, kes kematian pelajar Malaysia. Dana Kebajikan yang diberi hanya sedikit. Kes sebelum ini, minta sumbangan untuk tiket pulang ke Malaysia, yang diberi hanya LE 1000, sedangkan kita minta tiket ini adalah untuk kepulangan pelajar yang meninggal tersebut.

Begitu juga, permohonan Dana Kebajikan disusahkan dengan pelbagai prosedur dan kerenah birokrasi JPMK. Orang sedang susah lagi disusahkan oleh JPMK. Mana sensitiviti JPMK terhadap kebajikan mahasiswa di sini?

2-Mana peruntukan JPMK kepada BKAN untuk program?

BKAN telah mengikut prosedur yang ditetapkan JPMK. Hantar Kertas Kerja awal, follow-up dengan pegawai JPMK, hanya untuk dikecewakan dengan ayat "peruntukan dah habis", dan "maaf, kami tak dapat bagi untuk program ini". Tak lama kemudian, dengar khabar ISMA dapat peruntukan JPMK banyak sampai dapat buat Jaulah Sinai dengan cukup murah. Mana keadilan? JPMK banyak membantu ISMA untuk pecah-belahkan kesatuan mahasiswa yang sekian lama BKAN usahakan.

3-Apa JPMK dah buat untuk bantu BKAN?

Tiada. Bahkan JPMK banyak menyusahkan BKAN. Program Kutub Sittah PMRAM melibatkan ahli dari semua BKAN. Tergamak JPMK susahkan ahli BKAN nak menuntut ilmu Hadis. Langsung tiada perikemanusiaan.

Sekarang JPMK nak susahkan DPM pula, sedangkan ribuan ahli BKAN menyertai DPM, dan BKAN dan DPM cukup rapat & saling membantu untuk jaga kebajikan ahli. Tahun lepas JPMK fitnah Pengerusi DPM macam-macam. JPMK tak sedar ke Pengerusi DPM tersebut ahli BKAN Johor? Fitnah sebesar itu, mungkin akan mengganggu konsentrasi pelajaran insan malang tersebut. Tidakkah JPMK berfikir? Tahun ini, JPMK susahkan lagi DPM tersebut dengan Surat Sokongan pelik. Surat tanpa nama penghantar, tanpa tarikh, tanpa nombor rujukan, mana boleh Jabatan Kerajaan keluarkan surat sebegitu?

Adakah JPMK profesional dalam kerja mereka?

4-BKAN susah nak mohon Dewan ARMA

Mengapa begini? BKAN juga berdaftar dengan JPMK. Mengapa ISMA, UMNO, ABIM dan kroni-kroni anti-PMRAM mudah sangat nak guna dewan ARMA, tapi bila BKAN minta, bukan main susah dan berkira. BKAN ni anak angkat JPMK ke? BKAN ni tak berdaftar dengan KBMK ke? Ahli BKAN bukan rakyat Malaysia ke?

Kesimpulannya, tanpa JPMK pun BKAN akan tetap hidup dan aktif, bahkan pastinya lebih aktif dari BKAN yang kena ikut telunjuk JPMK. Resolusi? BKAN perlu kaji semula pendaftaran masing-masing dengan JPMK.

Sumber : fromegypt-wewrite.blogspot.com

Jawapan Isu AC di TANTA

 sumber :http://pemerhatitanta.blogspot.com/2010/10/jawapan-isu-ac-di-tanta.html
Assalamualaikum..

Terima kasih kepada ibu ayah student yang begitu mengambil berat tentang anak2 di bumi Tanta ini. Disini saya ingin memberikan penerangan berkaitan tentang isu yang berlaku agar para ibu bapa boleh melihat dari sudut dua belah pihak.

Pertamanya, bumi mesir ini cara pemerintahannya bukan seperti negara kita malaysia, boleh dikatakan ianya seperti dibawah perintah darurat dan penuh dengan peraturan2 kawalan keselamatan yang amat tinggi. Disini setiap laluan masuk dan keluar negeri2 akan dikawal oleh polis. Oleh sebab itu setiap perkara perlu ada dalam makluman polis. Sebagai contoh satu peristiwa yang pernah berlaku di Tanta, seorang pegawai JPMK yang hadir ke Tanta dengan tiada makluman oleh pihak polis Tanta, maka apabila masuk ke sempadan Tanta polis perasa kereta diplomat bernombor plate hijau masuk, lalu polis terus excort kereta tersebut sehingga smpai ke Tanta, lalu menanyakan beberapa soalan terhadap wakil rombongan tentang mengapa mereka tidak maklumkan kehadiran ke sini. Sebab bagi kerajaan mesir setiap diplomat atau orang asing keselamatan mereka akan dijaga.

Begitu juga dengan program ke gamasah anjuran MM tahun lepas, bila mahu masuk ke kawasan gamasah polis tidak benarkan sebab x ada makluman pada mereka, akhirnya bile berbincang dengan ketua polis baru dibenarkan masuk itu pun ditugaskan 2 org polis untuk menjaga 24 jam tempat penginapan peserta.

Jadi dengan dua kesah ini saya harap para ibu bapa memahami situasi disini tidak sama seperti dinegara kita. Pihak keamanan mesir di Tanta telah menganggap pengerusi DPMT sebagai wakil pelajar di Tanta, jadi hal berkenaan pelajar dan rakyat malaysia di tanta akan ditanyakan kepada pengerusi. Ini kerana DPMT yang di naungi PMRAM merupakan sebuah NGO berdaftar disini. Jadi berkenaan keselamatan rakyat malaysia pihak keamanan tanta sering bertanya kepada pengerusi dan memberikan ketetapan-ketetapan yang perlu dipatuhi.

Antara ketetapan yang diberikan ialah, 1) tidak boleh bergaduh dengan warga arab. 2) tidak boleh terlibat dengan politik mesir (terutamanya pembangkang Ikhwanul Muslimin). 3) tidak boleh terlibat dengan apa jua perkumpulan haram atau tunjuk perasaan. 4) hanya masjid2 tertentu sahja yang dibenarkan para pelajar belajar, ini kerana ada sebahagian masjid yang dikuasai pembangkang. 5) hanya perlu 1 sahaja markaz @ tempat berkumpul bagi pelajar malaysia untuk tujuan pantauan pihak keamanan. ini adalah ketetapan dari pihak keselamatan di tanta.

Jadi wajar apabila idea pembukaan centre ini dikeluarkan ada wakil DPMT yg datang berbincang dengan umi, sebagai satu jalan untuk menjaga keselamatan disini. Bukan condem atau marah, kan cume datang berbincang. kemudian bila ditubuhkan juga AC ini, bila pihak keselamatan tahu, maka mereka ingin berjumpa dengan puan siti serta pengurus MM, untuk mengetahui apa tujuan pembinaannya. Namun pihak puan siti menutup telefon dan tidak menjawab panggilan serta tidak membalas mesej yang disampaikan oleh pihak DPMT yang mahu menyelesaikan isu ini.. Puan siti memilih untuk mendiamkan diri. kan adalah lebih baik puan siti berjumpa dengan pihak keamanan tanta dan terangkan sebagaimana yg diterangkan dalam post kali ini. itu cara yang betul.

Bila puan siti memilih untuk mendiamkan diri, jadi pihak keamanan menekan pengerusi DPMT kerana tidak dapat jawapan berkenaan status AC ini, dengan sebab itu lahirnye isu ini yang mungkin pihak ibu bapa menganggap DPMT ini orang yang berfikiran negatif, tidak berlapang dada dan mengajak permusuhan kepada MM. itu satu tanggapan yg salah dan perlu saya betulkan. andai kata puan siti memilih untuk beri kerjasama dari awal lagi, insya Allah masalah ini sudah selesai.

 Pihak DPMT dan PCT, tidak pernah memusuhi MM, bahkan awal kedatangan ejen MM ke bumi Tanta ini DPMT dan PCT lah yg banyak membantu, dari sudut perumahan,pendidikan dan kebajikan pelajar. namun apabila pelajar MM semakin ramai, mungkin jasa DPMT dan PCT sudah tidak diperlukan lagi, maka kata-kata negatif lah yang dilemparkan kepada mereka. amat baik sekali tindakan itu.

Akhir sekali saya berharap, agar pihak ibu bapa, jangan pandang serong kepada persatuan ini, kerana persatuan ini lah yang beri bantuan sebanyak2nya kepada ejen MM sewaktu awal bertapak disni. malah sehingga kini pihak persatuan masih menghulurkan bantuan. Isu ini berkaitan isu keselamatan. kalau tidak, tidak akan ditimbulkan dan dibesarkan. Andai pihak keselamatan datang menyerbu AC ketika mana program berlangsung. adakah pihak ibu bapa mahu anak2 ibu bapa sekalian menjadi susah???? oleh itu jalan sebaiknya, puan siti berjumpa dengan pihak keselematan tanta dan terangkan tujuan pembinaan AC ini. insya Allah masalah ini selesai..

 salam sayang dari saya..
 pelajar TANTA
 sumber :http://pemerhatitanta.blogspot.com/2010/10/jawapan-isu-ac-di-tanta.html

Boikot Israel

boycott israel


http://map2street.blogspot.com/
Boikot Israel
1. Hentikan penaklukan dan keganasan Israel ke atas tanah Palestin.
2. Hentikan projek penempatan dan perumahan Israel.
3. Bebaskan Gaza dari sekatan.
4. Boikot produk yang memberi sokongan kewangan kepada Israel.
5. Membantah segala bentuk kekejaman, penindasan, permusuhan, perlanggaran, perampasan, pencerobohan, pengkhianatan, pengusiran dan penafian hak.
6. Israel tiada hak di tanah Palestin.

Ahli PMRAM Wajar Boikot Konvo JPMK

sumber : fromegypt-wewrite.blogspot.com

Selogismenya bahawa mahasiswa bukanlah dikategorikan sebagai kanak-kanak hingusan bahkan mahasiswa merupakan tunjang kepada kemajuan sesebuah negara. Mengimbas kembali detik-detik Pogram Kutub Sittah yang cuba dibatalkan oleh Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) adalah wajar dan dituntut kepada semua ahli PMRAM memboikot konvo yang bakal dianjurkan tidak lama lagi.

Tindakan Pengarah JPMK membatalkan Pogram Kutub Sittah yang sepatutnya berlansung di ACC adalah satu alasan yang tidak munasabah apabila PMRAM difitnah sebagai ejen parti pembangkang Malaysia. Tidak ada sebarang alasan yang diterima akal mengapa JPMK mesti bertindak untuk membatalkan Pogram Kutub Sittah. Ekoran dari isu tersebut ,maka DESAK ditubuhkan.

JPMK tidak ada hak menganggu urusan aktiviti PMRAM. Tindakan mengupah pekerja arab mesir dengan menggunakan kenderaan berflat diplomasi untuk mencabut sepanduk bantahan DESAK adalah satu perancangan kotor dan dalam masa yang sama memberi imej buruk kepada JPMK itu sendiri.

Bukanlah satu perkara yang baru JPMK menyusahkan urusan aktiviti PMRAM ,bahkan sejak 1991 PMRAM seringkali di hentam oleh JPMK dan acapkali dilabel bersekongkol dengan pembangkang kerajaan. Kita perlu bangkit mempertahankan hak kita.Pihak JPMK masih tidak melunaskan 3 perkara yang dituntut oleh PMRAM iaitu :

1- Membersihkan nama PMRAM secara rasmi di peringkat Al-Azhar.

2- Memohon maaf secara rasmi dan terbuka kepada seluruh peserta Kutub Sittah.

3- Mengadakan dialog terbuka bersama seluruh mahasiswa di Mesir.

Selagi 3 tuntutan itu tidak dilaksanakan, kita perlu memboikot pogram yang dianjurkan oleh JPMK. Sekiranya kita tidak mengendahkan hak kita terhadap PMRAM, bermakna kita dayus sebagai ahli serta mengabaikan pengorbanan dalam mempertahankan PMRAM. Maka rentetan dari isu yang dibangkitkan, penulis menyeru kepada sahabat-sahabat untuk mengecualikan diri dari menyertai Majlis Konvokesyen yang bakal dianjurkan oleh JPMK tidak lama lagi.

Dimanakah sensitiviti kita selaku ahli PMRAM? Dimanakah sensitiviti kita apabila PMRAM dituduh sebagai ejen pembangkang kerajaan? Dimanakah sensitiviti kita apabila JPMK seringkali menyusahkan ahli PMRAM? Dimana? Dimana? Dimana?

Kembalikan hak kami!

Web Search darul Taqwa

"MEMANTAP UKHWAH MEMPERKASAKAN UMMAH"
Disini antara WebSite yang harus anda lawati: 
Portal Ilmiah
.::*~MyQalam Portal Kuliah Online Anda~*::.: Buletin
::al-ahkam.net • Index page
Bahan Umum
Bicara Addin - Bukan Sekadar Forum | Utama
BicaraMuslim.com • Index page
Bicarasufi.com-Portal Pilihan Kita. :: Index
Dakwah Generasi Baru
Dakwatuna.com | Menuju Cahaya Islam
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia ~GAMIS~
iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam
Islamic on Vimeo
Kafemuslimah.com
Mahasiswakini
Masjid Portal | A Blessed Community Built Around Mosques
myQuran - Komunitas Muslim Indonesia - Indeks
Palestine Folder
Persatuan Pelajar Malaysia Yaman PERMAYA ::
Portal Komuniti :: Ukhwah.com
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my
Santapan Minda Pejuang
SATU UMAT
Thaqofah Portal Ilmiah dan Informasi
al-ahkam.net - Lebih Sederhana.. Lebih Terbuka
Islam 4 Peace | Islam Is All About Peace  
Pengajian
::: Koleksi Kuliyah Ustaz Azhar Idrus :::
Home - Kuliyah Dot Net | Satu Hari Satu Kuliyah
Utama - UstazAzhar.com: Solatku, Ibadatku, Hidupku, Matiku Kerna Allah Taala
www.mymaktabaty.com
Tazkirah, Ceramah, Dakwah Agama Islam, Kisah Nabi, Kisah teladan, Mendengar AL-Quran
Jeng!Jeng!Jeng!
e-alQamus Online - Kamus Utama
Kamus: English-Indonesian/Malay Dictionary :
القواميس
Mari Belajar Bahasa Arab - Portal
! ! ! ! Projek myMasjid :Terjemahan Sahih Muslim Terjemahan Sahih Muslim
Kuliyah Mazhab Akidah Dunia Islam
Al-Muttaqin TV | Sumber Media Ilmiah : Home
Ceramah Melayu
Ceramah Islam
Ceramah Islam
TVceramah
Harun Yahya - Malaysian
fazlys’ blog - Vox
Islamic on Vimeo
laman Isu dan Waktu
Jeng!Jeng!Jeng!
Saluran Pengisian Rohani
tBlog - .::. TVceramah OnLine .::.
Terengganukini.Net
Lembaga Fatwa Mesir
Kuliyah « Kuliyah Mazhab Akidah Dunia Islam
Video Belajar Faraidh

Pembaharuan





Assalamualaikum buat sahabat di Imarah darul Taqwa.
Terkini, sebagai alternatif hiburan, anda boleh mendengar siaran NASYID.FM melalui Komuniti Darul Taqwa. Semoga kita berhibur dengan hiburan mendidik jiwa.

Info Keselamatan



Semua penghuni Imarah Darul Taqwa senangtiasa hendaklah mengunci pintu pagar utama Imarah(Gate Utama).Ini adalah lagkah berjaga -jaga untuk memastikan tahap keselamatan dan keselesaan penghuni disini terus selamat untuk diduduki oleh mahasiswa. walaupun tiada kes kecurian atau pencerobohan berlaku, langkah drastik ini perlu dipertingkatkan untuk menyahut seruan Presiden Imarah Darul Taqwa.

PERUTUSAN TERBARU - PRESIDEN

Assalamualaikum semua warga DARUL TAQWA,
Salam UKHUWWAH..
Salam PERJUANGAN.
Setelah sekian lama blog ini tidak diupdate,(kira-kira 2 bulan) kini anda boleh menarik nafas lega (Aaaa) kerana Blog DARUL TAQWA kembali menemui anda dalam kecerian.Pihak pengurusan memohon maaf kerana tidak berkesempatan memberi sepenuh perhatian untuk mengendali blog ini kerana disebabkan kesibukan.Hehe.Pihak Presiden (USTAZ KAMEL RAHMAN) memohon kemaafan sekiranya ada kekurangan terhadap blog ini.Untuk pengetahuan semua,Presiden kini sibuk menyelesaikan permasaalah di Darul Taqwa (Kahroba' rumah Amirul Naik Mendadak).Oleh sebab itulah kesuntukan masa mencemburui Presiden.Dikesempatan ini.Presiden Mengucapkan AHLAN WASAHLAN kepada ahli baru IMARAH DARUL TAQWA yang merupakan terdiri daripada pelajar-pelajar (Melaka & Perak) baru tahun satu sesi 09/10.Presiden sempat membuat satu majlis gilang gemilang menyambut ahli baru ini  yang juga dihadiri oleh Pengerusi PMRAM cawangan Tanta,Timb.Pengerusi dan Lembaga Penasiahat PMRAM cawangan Tanta. Dalam majlis itu,diadakan solat Hajat tanda Kesyukuran dan mohon perlindungan daripada ALLAH SWT dan Sesi Taaruf ahli baru.Majlis diakhiri dengan Jamuan AYAM itu dibakar masak lalu makan..he.

Untuk pertanyaan &aduan permasaalahan :
Hubungi Presiden di waktu pejabat:
7:00 pagi - 3:00 petang
DARUL TAQWA

*Cetakan computer tidak memerlukan Tandatangan.

wallpaper Kempen Biah Solehah

 



*Klick untuk paparan lebih jelas
*Sila save dan jadikan Destop Background.
*Bersama-sama kita menjayakan Kempen ini.

DPMT League - Team KCB FC (Darul taqwa Group)


DPMT League.Pemburuan KCB(DarulTaqwaGroup)

Renungan Bersama Buat Penghuni Darul Taqwa


BIAH SOLEHAH ATAU BIAH TOLEHAH?


Tajuk di atas sengaja dipilih pada kali ini untuk sama-sama di nilai dan di fikir oleh teman-teman dan sahabat dan sahabiah sekalian selaku manusia yang bertaraf hamba kepada tuhan-Nya,yang ingin hidup di dalam satu biah atau suasana yang dipayungi oleh rahmat Allah s.w.t.
Selain itu,ia merupakan langkah berterusan ke arah dakwah melalui media elektronik seperti blog dan sebagainya untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan mewujudkan biah solehah di tempat masing-masing.
Persoalan biah yang berada di tempat kita sudah betul-betul solehah atau tidak perlu dilontarkan ke dalam benak hati kita untuk di nilai,di teliti dan di muhasabah.Mungkinkah apa yang berada di persekitaran kita telah mampu membentuk peribadi kita selaku penuntut-penuntut ilmu Allah s.w.t  ataupun di dalam apa jua lapangan bidang yang dahagakan sebuah suasana yang di redhai dan di berkati oleh Allah s.w.t ataupun tidak.Sebenarnya,proses pembentukan sesebuah masyarakat madani yang bersifat rabbani perlukan sebuah biah yang mempunyai ciri-ciri tersebut.
Sirah al-nabawiyyah telah membawa kita menyelusuri kisah perjuangan Rasulullah s.a.w yang mana baginda telah di tarbiyah oleh Allah s.w.t di dalam suasana yang dijaga dan dipelihara oleh Allah s.w.t.Oleh kerana itulah,baginda telah lahir sebagai manusia ‘mukhtarah’(pilihan)sepanjang zaman.
Begitu juga,baginda telah mendidik para sahabat baginda hingga mereka semua yang lahir sebagai manusia yang sangat tinggi sifat tanggungjawabnya terhadap amanah islam serta tersangat tinggi pengabdiannya kepada Allah s.w.t inilah hasil suasana yang dibina oleh Rasulullah s.a.w secara iltizam dan istiqamah hingga mampu melahirkan figure-figure yang sangat hebat di dalam memartabatkan kesyumulan islam di atas muka bumi ini.
Pernakah kita mengimpikan suasana biah usrah yang sentiasa mekar di sekeliling kita,ataupun suasana di mana rakan-rakan kita sentiasa dengan senyuman dan salam di saat berjumpa,bermuamalah di dalam suasana yang muhibbah dengan penuh adab yang dijaga,menjaga akhlak-akhlak islam dengan penuh istiqamah,serta tidak melampaui batas di dalam apa jua yang mereka lakukan.Tidakkah ini menjadi satu impian kita?

Aristotle,seorang ahli falsafah yunani pernah mengambarkan suatu kepincangan yang berlaku di dalam kehidupan makhluk tuhan bernama manusia baik perpecahan,ketidakadilan dan sebagainya dengan katanya:”Di dalam masyarakat binatang tiada manusia jalang,tetapi di dalam masyarakat manusia ada binatang jalang”.Golongan yang dilabelkan inilah menjadai perosak kepada suasana yang ingin kita capai dan realisasikan.
Kita umpama benih-benih yang subur,namun apakah yang mampu kita lakukan untuk memastikan benih ini tumbuh mekar menjadi bunga-bunga yang indah dan cantik untuk merasai keindahan dan keadilan islam itu sendiri tanpa tanah/bumi yang juga subur untuk kita tanami dan bajai benih itu.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:”sebarkanlah salam,Berilah makanan kepada(orang yang memerlukan),teguhkanlah silaturrahim,dan bersolatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur”.
Akhirnya,semoga kita yang berada di bumi Allah s.w.t ini khususnya dan sesiapa juga yang cintakan islam,agar terus menyemarakkan obor semangat berteraskan kefahaman untuk memperkasakan biah solehah semampu kita.Biarlah orang memandang ia remeh,tetapi bagi kita,walaupun hanya sekadar memberi seekor anjing yang kehausan minum itupun,ia tetap dikira sebagai satu amal kebajikan yang akan di hitung oleh Allah s.w.t..Insya Allah.
Pak Hamka pernah berkata:”Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya”.
Salam Perjuangan,salam ukhuwah,dan selamat merealisasikan Biah solehah..:-)…ukhuwah fillah,abadan abadan..
 'MEMBANGUN BERSAMA ISLAM'
'RAJA PAYUNG NEGARA'
'IKHLASKAN PERIBADI TONJOLKAN PRESTASI'
'SALAM NAJAH BUAT SAHABAT-SAHABAT DARUL TAQWA'
Yang Benar,
Setiausahalah..
Dar Taqwa

Sweet Memories