Hantar Artikel Anda Kepada Kami


Sebarang Artikel boleh dihantar melalui e-mail kami iaitu :- darul_taqwa09@yahoo.com

FOKUS UTAMA

Archives

Renungan Bersama Buat Penghuni Darul Taqwa


BIAH SOLEHAH ATAU BIAH TOLEHAH?


Tajuk di atas sengaja dipilih pada kali ini untuk sama-sama di nilai dan di fikir oleh teman-teman dan sahabat dan sahabiah sekalian selaku manusia yang bertaraf hamba kepada tuhan-Nya,yang ingin hidup di dalam satu biah atau suasana yang dipayungi oleh rahmat Allah s.w.t.
Selain itu,ia merupakan langkah berterusan ke arah dakwah melalui media elektronik seperti blog dan sebagainya untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan mewujudkan biah solehah di tempat masing-masing.
Persoalan biah yang berada di tempat kita sudah betul-betul solehah atau tidak perlu dilontarkan ke dalam benak hati kita untuk di nilai,di teliti dan di muhasabah.Mungkinkah apa yang berada di persekitaran kita telah mampu membentuk peribadi kita selaku penuntut-penuntut ilmu Allah s.w.t  ataupun di dalam apa jua lapangan bidang yang dahagakan sebuah suasana yang di redhai dan di berkati oleh Allah s.w.t ataupun tidak.Sebenarnya,proses pembentukan sesebuah masyarakat madani yang bersifat rabbani perlukan sebuah biah yang mempunyai ciri-ciri tersebut.
Sirah al-nabawiyyah telah membawa kita menyelusuri kisah perjuangan Rasulullah s.a.w yang mana baginda telah di tarbiyah oleh Allah s.w.t di dalam suasana yang dijaga dan dipelihara oleh Allah s.w.t.Oleh kerana itulah,baginda telah lahir sebagai manusia ‘mukhtarah’(pilihan)sepanjang zaman.
Begitu juga,baginda telah mendidik para sahabat baginda hingga mereka semua yang lahir sebagai manusia yang sangat tinggi sifat tanggungjawabnya terhadap amanah islam serta tersangat tinggi pengabdiannya kepada Allah s.w.t inilah hasil suasana yang dibina oleh Rasulullah s.a.w secara iltizam dan istiqamah hingga mampu melahirkan figure-figure yang sangat hebat di dalam memartabatkan kesyumulan islam di atas muka bumi ini.
Pernakah kita mengimpikan suasana biah usrah yang sentiasa mekar di sekeliling kita,ataupun suasana di mana rakan-rakan kita sentiasa dengan senyuman dan salam di saat berjumpa,bermuamalah di dalam suasana yang muhibbah dengan penuh adab yang dijaga,menjaga akhlak-akhlak islam dengan penuh istiqamah,serta tidak melampaui batas di dalam apa jua yang mereka lakukan.Tidakkah ini menjadi satu impian kita?

Aristotle,seorang ahli falsafah yunani pernah mengambarkan suatu kepincangan yang berlaku di dalam kehidupan makhluk tuhan bernama manusia baik perpecahan,ketidakadilan dan sebagainya dengan katanya:”Di dalam masyarakat binatang tiada manusia jalang,tetapi di dalam masyarakat manusia ada binatang jalang”.Golongan yang dilabelkan inilah menjadai perosak kepada suasana yang ingin kita capai dan realisasikan.
Kita umpama benih-benih yang subur,namun apakah yang mampu kita lakukan untuk memastikan benih ini tumbuh mekar menjadi bunga-bunga yang indah dan cantik untuk merasai keindahan dan keadilan islam itu sendiri tanpa tanah/bumi yang juga subur untuk kita tanami dan bajai benih itu.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:”sebarkanlah salam,Berilah makanan kepada(orang yang memerlukan),teguhkanlah silaturrahim,dan bersolatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur”.
Akhirnya,semoga kita yang berada di bumi Allah s.w.t ini khususnya dan sesiapa juga yang cintakan islam,agar terus menyemarakkan obor semangat berteraskan kefahaman untuk memperkasakan biah solehah semampu kita.Biarlah orang memandang ia remeh,tetapi bagi kita,walaupun hanya sekadar memberi seekor anjing yang kehausan minum itupun,ia tetap dikira sebagai satu amal kebajikan yang akan di hitung oleh Allah s.w.t..Insya Allah.
Pak Hamka pernah berkata:”Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya”.
Salam Perjuangan,salam ukhuwah,dan selamat merealisasikan Biah solehah..:-)…ukhuwah fillah,abadan abadan..
 'MEMBANGUN BERSAMA ISLAM'
'RAJA PAYUNG NEGARA'
'IKHLASKAN PERIBADI TONJOLKAN PRESTASI'
'SALAM NAJAH BUAT SAHABAT-SAHABAT DARUL TAQWA'
Yang Benar,
Setiausahalah..
Dar Taqwa

Sweet Memories